Keratan Akhbar


 

 THE STAR ONLINE

Better Emergency Response 

Monday, 7th July 2008

THE emergency response for the Civil Defence and hospitals within the Klang Valley will be enhanced with the upgrading of their telecommunication systems. Their emergency response system would be integrated to interface with the Malaysian Emergency Rescue Services (MERS) 999 project.

The MERS 999 project would see the realisation of an integrated system equipped with comprehensive facilities, which include Computer Telephony Interface (CTI), Computer Aided Dispatch (CAD) and Geomatic Information System (GIS).

Under Secretary of the Information Technology Division/Digital Divide of the Energy, Water and Communications Ministry Ahmad Amin Esa said the project was progressing very well and expected to be commissioned in the third quarter this year.

At present, he said the Civil Defence and hospitals were handling emergency calls using normal keyphone services, a basic system.

The upgraded system, he said, would definitely help greatly in improving the response time and efficiency of emergency services.

He said once the system is in place, 999 calls for any emergency will be answered within 10 seconds or by the fourth ring, the latest.

Before October, 2007, there were a few numbers to dial for emergency services such as 994 for the fire and rescue services, 991 for Civil Defence and 999 which goes to Telekom Malaysia (TM) and the police.

By Oct 1, 2007, all emergency calls were merged using a single number 999 which goes to TM which then validates the calls before transferring the genuine calls to either the police, hospital, fire and rescue services department or civil defence for emergency response.

Call Centres

Currently, call centres at Telekom Malaysia (TM) are handling all 999 calls. These centres are located in Melaka, Seremban, Kluang, Alor Setar and Kota Bharu. Once the new MERS 999 system are in place, these call centres will be centralised to three centres in Kuala Lumpur, Melaka and Kuching.

These three centres will take all calls and “filter” them before transferring only genuine emergency calls to the Dispatch Centres, of which the police have 162 centres Fire and Rescue Services Department (24 centres), Hospitals (26 centres) and Civil Defence (23 centres).


999 hit by 67% tele-phoney calls last year

Saturday, 14th January 2012

SUBANG JAYA: Two-thirds of calls made to the emergency service line 999 are prank and crank calls, Telekom Malaysia chairman Datuk Dr Halim Shafie said.

“The rate of prank and crank calls remains high even though it has decreased from 99% in 2005 to 67% last year,” he said.

“About 81% of the prank and crank calls made last year were silent’ calls, in which the caller would dial the number but kept silent,” he said at the Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 Excellence Awards here last night.

Dr Halim noted that 18% of the calls were made by pranksters while another 1% were vulgar calls.

The MERS 999 system merges four emergency service providers, namely the police, Fire and Rescue Department, hospital and the civil defence.

At the ceremony, four MERS 999 agencies received the Anugerah Khas Wira 999 in recognition of their involvement in the search and rescue missions during the landslide at Hulu Langat last year which brought down Rumah Anak-anak Yatim Al-Hidayah Al-Taqwa.

Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Maglin Dennis D’Cruz urged the public to refrain from making such calls.

Kembali ke atas


THE EDGE

TM seals agreement with govt on MERS 999

Friday, 10th April 2009

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) on April 9 signed the project agreement with the government on the implementation of the unified emergency contact number system, MERS 999, for a total of RM334.05 million.

It had in January accepted the government’s letter of award for the project.

The project would be implemented for a period of three years and two months — from May 1, 2007 to June 30, 2010. TM would develop, supply, deliver, install, test, commission, operate and maintain the MERS 999 system.

Under the implementation agreement, phase 1 of the project would cover the establishment of a 999 call centre in Melaka and the upgrading of seven existing 999 call centres in Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kluang, Kota Kinabalu, Seremban and Kuantan.

Phase 2 would see the development of the full functionality of MERS 999 system in the central region, while phases 3 and 4 would involve the commissioning of the basic functionality of the system for the southern and eastern regions, and the northern region and east Malaysia, respectively.

Kembali ke atas


BERNAMA

Cyberjaya First Township With CCTV-MERS 999 System

Monday 1st June 2009

CYBERJAYA, June 1 (Bernama) — Cyberjaya has become the first township to install an integrated closed-circuit television (CCTV) system linked directly to the Malaysian Emergency Response System (MERS 999).

Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said the system will help protect public safety by speeding up aid to the location.

“CCTV-MERS 999 is a pioneer project under Cyberjaya’s M-SAFE programme via the Safe Township concept introduced by the government to ensure a safe environment,” he said at its launch at Cyberjaya police station here Monday.

The system will allow personnel at the police control centre to monitor incidents as they happen via MERS 999. Other than for crime detection, the system also comes with warning for fire, flood and other natural disasters.

Meanwhile, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the system would allow police to act more quickly. “I hope this system can be installed in other areas including LRT and monorail stations,” he said.

The project involves installing 30 CCTV systems costing RM10mil over ten years. MERS 999 was implemented in all states starting Oct 2007 and would be completed by June next year.

Kembali ke atas


SINAR HARIAN

Cyberjaya bandar raya dilengkapi CCTV Mers 999

Tuesday, 2 Jun 2009

CYBERJAYA – Cyberjaya kini merupakan bandar pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem bersepadu kamera litar tertutup (CCTV) dihubung terus kepada Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (Mers) 999.

Sistem MERS 999 merupakan hasil kerjasama yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia, Telekom Malaysia dan Cyberview Sdn Bhd yang membangunkan sistem berkenaan di bawah inisiatif M-Safe yang dikelolakan oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, dengan adanya sistem berkenaan, tahap keselamatan Cyberjaya akan menjadi sebuah bandar raya yang bebas daripada kegiatan jenayah.

“Sistem MERS 999 ini merupakan projek perintis di bawah program M-Safe dan sistem ini akan mempertingkatkan serta mempercepatkan bantuan kecemasan sampai ke lokasi kejadian.

“Sebagai projek perintis, sebanyak 30 buah kamera CCTV beresolusi tinggi ditempatkan di beberapa tempat strategik di seluruh Cyberjaya.

“Bukti-bukti kecemasan seperti jenayah, kemalangan, kebakaran dan sebagainya dapat dilihat secara real-time oleh pegawai bertugas di Pusat Operasi melalui CCTV serta boleh dirakam untuk tujuan siasatan kelak,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sistem CCTV Mers 999 di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini, semalam.

Menurutnya, inisiatif M-Safe adalah lanjutan daripada konsep Bandar Selamat yang diperkenalkan oleh kerajaan yang menggariskan 23 langkah perlu diambil oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan.

Ia bertujuan bagi memastikan persekitaran dalam sesuatu kawasan atau projek pembangunan itu selamat.

“Saya berharap Cyberview Sdn Bhd selaku tuan tanah Cyberjaya dan badan yang bertanggungjawab ke atas segala jenis pembangunan di Cyberjaya untuk meneruskan konsep M-Safe.

“Cyberjaya adalah sebuah bandar ICT yang sedang mengalami pembangunan yang amat pesat dan sentiasa di mata dunia disebabkan statusnya sebagai Nukleus MSC Malaysia,” katanya.:

Sidek berkata, sistem tersebut akan dilaksanakan di beberapa kawasan kepadatan penduduk tinggi di seluruh negara pada masa depan.:

Selain mewujudkan persekitaran bebas jenayah pemasangan sistem tersebut turut diharap akan meningkatkan lagi produktiviti pasukan keselamatan negara dalam menguatkuasakan undang-undang dan menjamin keselamatan penduduk sekitar.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Naib Presiden Eksekutif Telekom Malaysia Berhad, Datuk Khairul Annuar Mohammed Zamzam.

Kembali ke atas


BERITA HARIAN

Sistem keselamatan Cyberjaya naik taraf

Selasa, 2 Jun 2009

CYBERVIEW Sdn Bhd, melabur RM10 juta untuk tempoh 10 tahun akan datang bagi menaik taraf serta menyelia sistem keselamatan di Cyberjaya dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan trafik tinggi.

Pengarah Urusannya, Datuk Redza Rafiq, berkata pelaburan itu membabitkan pemasangan 30 CCTV serta menyelenggara dan mengendalikan sistem keselamatan di perbandaran pintar itu.

“Jumlah CCTV ini ditambah mengikut keperluan dan kami berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti lebih banyak lokasi sesuai,” katanya selepas majlis pelancaran penyepaduan sistem CCTV dan Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 (Mers 999) di Cyberjaya, semalam.

Pelancaran disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Redza berkata, proses menaik taraf sistem keselamatan di Cyberjaya adalah salah satu pelan induk pembangunan perbandaran pintar itu dan inisiatif MSC Malaysia bagi menarik lebih banyak pelabur.

Katanya, setakat ini bilangan syarikat asing dan tempatan yang menjadikan Cyberjaya hab operasi serantau mencecah 500 dengan 35 ialah syarikat multinasional dan 465 tempatan.
Sementara itu, beliau berkata, penduduk di Cyberjaya kini mencecah 41,000 orang terdiri daripada pekerja, pelajar dan penghuni di perbandaran itu.

Daripada jumlah itu, 20,000 adalah pekerja, manakala 16,000 lagi pelajar universiti di Cyberjaya dan bakinya pemilik hartanah di perbandaran berkenaan.

“Kami menjangka jumlah penduduk Cyberjaya mencecah 50,000 orang sebelum akhir tahun ini apabila beberapa lagi bangunan pejabat siap dan mula beroperasi,” katanya.

Sebanyak 47 syarikat bakal beroperasi di Cyberjaya tahun ini dengan 26 beroperasi Januari lalu, manakala bakinya akan berbuat demikian secara berperingkat.
Terdahulu, Redza berkata penyepaduan sistem CCTV dan Mers 999 melengkapkan Pelan Tindakan Kecemasan Cyberjaya yang diwujudkan untuk keselamatan komuniti termasuk sistem amaran dan tindakan kecemasan seperti banjir dan jenayah.

“Cyberjaya muncul bandar pertama di Malaysia yang menyepadukan kedua-dua sistem berkenaan yang juga projek perintis di bawah M-Safe yang menjadi lanjutan konsep bandar selamat yang diperkenalkan kerajaan,” katanya.

Kembali ke atas


MSTAR ONLINE 

Inisiatif Bandar Selamat Akan Diperluas Ke Bandar-bandar Utama

Isnin, 9 Ogos 2010

PUTRAJAYA: Inisiatif Bandar Selamat seperti M-SAFE Putrajaya akan diperluaskan ke bandar-bandar utama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan mewujudkan persekitaran yang selamat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata sebuah laporan khas akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri berhubung inisiatif tersebut.

Katanya rundingan akan diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari segi pelaksanaan rancangan itu yang sebelum ini telah dilaksanakan di Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

“Antara bandar yang menjadi sasaran pelaksanaan inisiatif tersebut ialah Johor Baharu, George Town dan Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘M-SAFE Putrajaya – Ke Arah Bandar Lebih Selamat’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, Isnin.

Rais berkata sebanyak RM344 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif itu di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman.

Rais berkata melalui program M-SAFE Putrajaya, sebanyak 176 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar bandar pusat pentadbiran negara itu yang disambungkan dengan Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999.

Katanya kos melaksanakan inisiatif di Putrajaya itu berjumlah RM2.2 juta.

Sementara itu, Hishammuddin berkata program itu akan memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam memberi respons kepada panggilan kecemasan dengan lebih pantas.

Katanya pelaksanaan program M-SAFE Putrajaya juga akan membuka jalan ke arah mencapai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu keselamatan awam.Beliau berkata jumlah CCTV di Putrajaya dijangka akan ditambah selepas mengadakan rundingan dengan pihak Perbadanan Putrajaya.- BERNAMA

Kembali ke atas


SARAWAK TRIBUNE

MERS 999 call centre gets 1.4m calls monthly

Saturday, 23rd July 2011

KUCHING: The Malaysia Emergency Response Services (MERS 999) call centre here received an average of 1.4 million calls a month.

However, only 30% of the calls were genuine, revealed Sarawak Director of the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC), Ahmad Nor Hisyam Mohd Yusop yesterday at the launching of the MERS 999 Kuching Open Day at Jalan Simpang Tiga here.

He pointed out that the emergency call services were provided by the government for the benefit of the public.

“Some people who lack civic awareness have abused the services by making prank calls,” he said.

Ahmad added the prank calls were endangering the lives of people who really needed help in emergencies.

He explained that members of the public could request for ambulance or assistance from the Fire and Rescue Department, Royal Malaysia Police Department, Civil Defence Department, Malaysian Maritime Enforcement Agency and the General Hospital through the 999 line.

Currently, 84% of the areas in the state was covered by the line.

Ahmad said that the coverage would be increased to 90% of the areas with the construction of 200 more telecommunication towers.

He warned prank callers that the MCMC would not hesitate to take action against them under Section 233 of the Communicaiton and Multimedia Act 1988.Those found guilty will be fined not more than RM 50,000 or jailed for one year or both.

Deputy President of Telekom Malaysia (TM) Government Sector Strategic Project Datuk Zaini Diman, Sarawak TM Chief Manager Tuan Haji Abdul Rahim Haji Mohd Ali and MERS 999 Project Manager, Rozinah Anas were also present at the launching of the MERS 999 Kuching Open Day.

Kembali ke atas


UTUSAN ONLINE

TM anjur majlis penghargaan petugas MERS 

Sabtu, 14 Januari 2012

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menganjurkan majlis penghargaan kepada petugas yang berkhidmat dengan Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 serta beberapa agensi perkhidmatan kecemasan lain.

TM dalam kenyataannya di sini berkata, penghargaan yang diberikan adalah di atas kerja keras petugas berkenaan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan mereka.

Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, MERS 999 telah mencatat banyak kejayaan sepanjang tiga tahun operasinya, termasuk menggabungkan semua talian kecemasan kepada satu nombor iaitu 999.

”Selain itu, MERS 999 turut telah menubuhkan tiga buah pusat panggilan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching, Sarawak dan 32 buah pusat panggilan agensi-agensi kecemasan.

”Sistem MERS 999 juga telah diintegrasikan dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bawah inisiatif Bandar Selamat di Cyberjaya dan Putrajaya,” katanya.

Halim berkata, bagi meningkatkan keberkesanan operasi MERS 999 juga telah menggunakan Automatic Number Identification (ANI) dan Automatic Location Identification (ALI) berdasarkan ‘base station’ bagi memudahkan lokasi pemanggil dikenalpasti dan pelaksanaan Protokol Perubatan dalam Bahasa Melayu di Pusat Panggilan Kementerian Kesihatan.

“Saya amat gembira kerana TM, selaku organisasi utama dalam melaksanakan sistem maklum balas MERS 999 ini telah menerima kerjasama rapat daripada semua agensi yang terlibat,” jelasnya.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Kembali ke atas


KOSMO

Kadar panggilan palsu masih tinggi – TM

Sabtu, 14 Januari 2012

PETALING JAYA – Kadar panggilan palsu yang masih tinggi adalah antara cabaran yang perlu ditangani pihak pengendali perkhidmatan kecemasan, kata Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Datuk Dr Halim Shafie.

Beliau berkata, majoritinya adalah panggilan senyap diikuti panggilan main-main dan panggilan lucah.

“Kadar panggilan palsu yang masih tinggi, walaupun telah dapat dikurangkan dari 99 peratus (2005) kepada 67 peratus secara purata (pada 2011), di mana majoritinya merupakan panggilan senyap,” katanya ketika berucap pada majlis anugerah cemerlang Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 di Subang Jaya, dekat sini semalam.

Halim juga berkata, cabaran lain termasuk memperluas dan menambah baik sistem pengenalan lokasi pemanggil yang meliputi radius lingkungan kecil di tahap 300 meter, yang memerlukan kerjasama syarikat telekomunikasi mudah alih.

Selain itu, tempoh respons perkhidmatan kecemasan perlu dipercepat setanding amalan terbaik antarabangsa iaitu dalam lingkungan lapan hingga 15 minit. – BERNAMA

Kembali ke atas


MYMETRO

Perkhidmatan panggilan kecemasan MERS 999 dimantapkan

Rabu, 8 Februari 2012

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan memantapkan lagi perkhidmatan panggilan kecemasan melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 demi kemudahan rakyat, kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.

Beliau berkata dua aspek utama yang diberi perhatian adalah kerjasama antara lima agensi yang terlibat dalam perkhidmatan itu dalam menghadapi kecemasan dan menangani panggilan palsu.

“Kita mempunyai tiga pusat menerima panggilan, masing-masing di Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak dan kita menghadapi masalah panggilan palsu. Jadi kita mahu pastikan semua panggilan yang diterima oleh MERS 999 adalah tulen, dan kita mempunyai petugas mengendalikannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Kuala Lumpur Asia Navigator 2012 di sini.

Kamaruddin berkata secara purata, MERS 999 menerima 68 peratus panggilan palsu setiap hari menerusi lima agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Selain mengatasi masalah itu melalui pelbagai kempen, Malaysia juga mengambil inisiatif untuk menjadi tuan rumah persidangan Navigator yang pertama kali diadakan di Asia, katanya.

Persidangan itu yang menampilkan 10 penceramah dari pelbagai latar belakang dalam bidang komunikasi kecemasan merupakan langkah ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat ketika saat-saat kecemasan.

Presiden Akademi-akademi Bantuan Kecemasan Antarabangsa (IAED) Scott Freitag berkata Malaysia adalah antara negara yang utama dalam melaksanakan komunikasi kecemasan dan protokol bantuan, yang mutunya semakin meningkat setiap tahun.

“Saya sendiri menyaksikan rakyat negara ini mengendalikan panggilan kecemasan dan mereka ini menjalankan tugas dengan amat baik dan secara professional,” katanya.

Persidangan Kuala Lumpur Asia Navigator anjuran IAED dengan kerjasama Akademi Keselamatan Awam Malaysia merupakan satu platform bagi memupuk kerjasama antara agensi dan kerajaan di rantau Asia dalam bidang keselamatan awam dan bantuan kecemasan.

Lebih 150 peserta dari Indonesia, Vietnam, Hong Kong, Kemboja, Singapor, Sri Lanka, Filipina dan Malaysia menghadiri persidangan tiga hari itu. — BERNAMA

Kembali ke atas


NEW STRAITS TIMES

A million prank calls to 999

Thursday, 9th February 2012

Kids need to be educated on consequences of their actions

NEARLY a million, or 68 per cent, of the 1.6 million emergency calls made a month are from pranksters. Information, Communications, Arts  and Culture Ministry secretary-general Datuk Seri Kamaruddin Siaraf said almost all the calls made to the 999 emergency line were   from mobile phones.

The emergency lines are manned by Telekom Malaysia at its three centres in Sarawak, Malacca and Kuala Lumpur.

“For last month alone, Telekom Malaysia recorded 93 per cent prank calls, bringing to almost 1.5 million the number of times  culprits had abused the emergency number.”

Kamaruddin added that about 80 per cent of the prank calls were classified as “silent”, where the callers did not speak after dialling 999.

He called on the public, especially the younger ones, to be more considerate as their actions could jeopardise emergency assistance to genuine callers.

“We have campaigns to educate the public to be more conscientious when using the emergency number as lives can be at stake,” he said   after opening the inaugural AsiaNavigator 2012 conference yesterday.

The three-day conference, organised by the International Academies of Emergency Dispatch (IAED) and the Malaysian Academy of Public Safety, brought together emergency response agencies from eight countries.

On another note, Kamaruddin said the government had allocated US$186 million (RM558 million) under the Ninth and Tenth Malaysia Plans to set up the integrated Malaysia Emergency Response System (MERS).

“Called the ‘MERS 999′, the system is linked with the Fire and Rescue Department, police, civil defence, ambulance services and Malaysian Maritime Enforcement Agency to quickly and easily share information and resources in critical situations.”

IAED president Scott Freitag said the trend of prank calls was expected to decline globally through educational campaigns.

“Some of the calls are genuine, but do not   a serious emergency.

“Someone even called 999 to report that his cat was stuck up   a tree.”

Meanwhile, Berjaya University College’s Student Affairs Dean Dr Adnan Omar said parents are to blame for the increase in prank calls made to emergency hotlines.

Adnan said the deterioration of the family system may be the reason why children are acting out without thinking of the consequences.

“More and more parents spend their days in the office rather than at home. In that time their children are unsupervised and yearn attention.

“The kids know that they are doing something which is wrong, but to them it’s the only way to get noticed.”

National Association of Early Childhood Care and Education Malaysia president Datin Radziah Daud said children lacked awareness of the wrongfulness of making prank calls to emergency hotlines because they were not educated by parents or teachers.

Radziah said there was no systematic chapter or topic that touched on these issues in the current education system.

“Parents in turn may have assumed that their children were taught about this in schools and neglected to tell their children.”